Popular Posts

Wednesday, January 19, 2011

Atasi Sikap Tertangguh

Antara faktor yang menjadikan penyebab tangguh ini ialah:

1. Pengurusan yang lemah. sama ada dari segi pengurusan diri, masa, sumber dan tugas.

2. Takut, sama ada takut kepada kegagalan mahu pun takutkan kejayaan. Ada orang takut berjaya kerana kejayaan bermakna tanggungjawab lebih besar, masa makin sibuk dan tiada masa untuk perkara kain, ramai orang akan dengki dan sebagainya. Ada pula yang takukan kegagalan kerana bimbang dikritik, dimarahi, dipandang rendah, takut kerja tidak cukup bagus dan sebagainya. Walau ada sekalipun alasanya, 90% daripada apa yang disangkakan sebenarnya tidak akan berlaku.

 3. Terlalu mahukan kesempurnaan. Ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana kita mahukannya terlalu sempurna. Begitu banyak masa dan tenaga dibazirkan dengan mengkaji keburukan-keburukan yang akan mungkin terjadi.

4. Masalah fizikal, masalah kesihatan dan tenaga yang kurang boleh mendorong perasaan malas. Ini membuatkan banyak kerja-kerja gagal disempurnakan kerana diri tidak proaktif.

5. Masalah sikap. sikap adalah penyumbang paling utama kepada masalah tangguh. Apabila kita bersikap sambil lewa, ambil mudah dan tiada komitmen serta disiplin terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan maka segalanya menjadi tangguh.

6. Oleh itu, cuba anda berfikir, bilakah akan berakhir sikap tangguh ini yang mana akan merugikan kita. suka tunggu dan lihat. Orang lain berjaya tetapi kita tidak kerana sikap tangguh yang menguasai diri kita. bahkan bukan orang lain tapi diri kita yang kelak akan ketinggalan dan terus ditinggal. Jangan tunggu lagi.

Klik http://www.bebaswang.com/vip/zamri.864895205

No comments:

Post a Comment