Popular Posts

Saturday, January 8, 2011

Sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w

Al-Quran telah mengajar kita menjaga kesihatan dengan melakukan amalan seperti berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul. kita boleh lihat orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insyallah  jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu semayang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari saki t pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains talah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam hadis Rasulullah ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemui bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur, (enzim sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Sabda Nabi S.A.W : " Ilmu itu milik tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan Insya Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya".

No comments:

Post a Comment